Words Of Wisdom

"Life is like playing a violin in public and learning the instrument as one goes on." ~ Samuel Butler ~

Monday, September 13, 2004

Etika Pengurusan Diri

Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba.

1. Mempunyai tujuan hidup

Kenal pasti tujuan hidup sebenarnya. Matlamat peribadi hendaklah sama atau selari dengan matlamat organisasi supaya wujud matlamat hakiki yang membawa kepada kebahagian diri dan bersesuaian dengan organisasi. Setiap matlamat yang dibentuk hendaklah yang khusus dan jelas.

2. Menjaga harga diri.

Setiap manusia itu mempunyai harga diri yang tersendiri. Kita seharusnya berasa puas hati di atas kejayaan kita. Setiap kejayaan yang diperolehi hendaklah dibanggakan dalam keadaan tenang. Tidak perlu perasaan ego atau membangga diri setelah setiap kejayaan diperolehi. Untuk menjamin kita dapat mengekalkan harga diri yang baik hendaklah tanamkan sifat ingin manjadi insane yang positif.

3. Sabar.

Orang yang tiada keyakinan biasanya kurang sabar. Setiap yang kita lakukan tidak semestinya dapat dicapai kejayaan dalam waktu yang singkat. Orang yang mempunyai keyakinan diri biasanya tertumpu kepada masa kini dan sebotaj masa depannya. Kita janganlah mengharapkan sesuatu penghargaan itu dating dengan segera apabila kita melakukan sesuatu dengan baik. Ia akan datang dengan sendirinya tanpa minta-minta.

4. Bentuk sifat ingin meneroka.

Keingan untuk meneroka sesuatu yang baru akan membentuk sifat kreatif dan inovatif dalam diri. Kita selalu beranggapan bahwa apa yang kita tahu adalah benar, sebab itu kita sentiasa mempertahankan apa yang kita tahu. Sedangkan kita sepatutunya tahu bahawa tidak semua perkara yang kita tahu adalah benar.

5. Mempunyai ketekunan dan ketabahan.

Setiap sesuatu yang dilakukan memerlukan ketekunan dan ketabahan. Musuh utama dalam usaha kita mencapai sesuatu kejayaan adalah kebosanan. Begitu juga dengan komitmen dan minat yang mendalam apabila melakukan sesuatu yang akan membawa kepada kejayaan.

6. Perspektif kendiri

Seseorang individu seharusnya mempunyai pandangan dalaman iaitu melihat dari dalam diri apakah perkara yang dilakukan sesuai dengan prinsip diri dan etika yang telah dibentuk. Di sambping itu individu tersebut harus juga melihat perspektif yang lain terhadap dirinya mengenai sesuatu perkara. Kita juga harus mengenalpasti keutamaan dalam sesuatu situasi. Kita juga harus menpunyai pemikiran ke hadapan.

7. Membentuk sifat merdeka.

Kita perlu membentuk sifat merdeka dalam membuat sebarang keputusan. Kita tidak seharusnya terkongkong dengan pemikiran tertentu dalam membuat sebarang keputusan. Namun begitu pandangan dan pendapat orang lain harus dipertimbangkan dalam membuat keputusan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home